Sunday, January 22, 2012

New here .


Salam , Saya baru dia dalam dunia blog ini ,
#Sedikit info tentang saya : Muhammad Ikhwan B. Ibrahim , 22 tahun (2012) . 14may1990 , Belajar di Universiti Sains Islam Malaysia . Blog ini ditubuhkan untuk tujuan Etiqa Takaful kpd sesape yg berminat .

Konsep:

Concept of Takaful....(jom kongsi ilmu)...=)

Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta.

Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.
Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan ) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

Terima kasih membaca :)

2 comments: