Tuesday, January 24, 2012

Solat,Kerja,Usaha,Tawakal


Salam semua,,mlm ni InsyaAllah sye nk start penulisan sye pasal Takaful,,ape manfaat,kepentingan,bgus ke x takaful tu. Doa2 kn sye tdoq lwat skit ye,,kih3. tp skng sye nk cite tntang ciri2 org yg berjaya,how to achieve goal with (SKUT). Dgr mcm klakar kn,,tp btul pe,,klau owg Islam nk berjaya,dye kne Solat,,dktkn diri pd Allah,,pastu kerja untuk tingktkn ekonomi Islam, Usaha menjadikan diri ini berguna pd masyarakat, kemudian Tawakal n berserah pd Allah ats ape yg telah dilakukan..selamat beramal sume..=)


Terima kasih membaca :)

Monday, January 23, 2012


Salam sejahtera sume. Pagi2 yg hening,damai n indah ini,,mai kite dgr cramah drpd ustz yg sye anggap sgt bgs untuk motivasikan diri,,n pndai attract golongan muda. Ngat sng ke nk attract golongan ni,,so sme2 kte dgr kit,,sediakan tisu bg sesape bwh umur 13 thn,huhu,,grau je.
So click this page..
(Anak ke syurga, or neraka?)
http://www.youtube.com/watch?v=p7UANbuFxXU

Terima kasih membaca :)

Sunday, January 22, 2012


jom tgk ape kputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tntng hukum Insuran,,sme2 kongsi mklumat..=)
http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

please click this page
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/307-beza-insuran-konvensional-a-takaful--sudut-hukum.html

Terima kasih membaca :)

New here .


Salam , Saya baru dia dalam dunia blog ini ,
#Sedikit info tentang saya : Muhammad Ikhwan B. Ibrahim , 22 tahun (2012) . 14may1990 , Belajar di Universiti Sains Islam Malaysia . Blog ini ditubuhkan untuk tujuan Etiqa Takaful kpd sesape yg berminat .

Konsep:

Concept of Takaful....(jom kongsi ilmu)...=)

Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta.

Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.
Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan ) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

Terima kasih membaca :)